Thursday, March 16, 2017

Yang Terindah

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai sahabat yg dirahmati. Moga hari hari yg ditempuhi dipermudahkan. Insha Allah

Sat, 25 feb.

Hari yg aku tunggu telahpun tiba. Seperti biasa, setiap hari sabtu aku kerja sampai pukul 3 pm aje  Cuma pada hari itu aku kena sampai awal ke rumah sebab dah janji dengan kawan aku nak ambil dia di terminal bus Larkin JB. Jauh jugaklah perjalanan dia nak ke sini. Kesian dia 😢. Yea dia adalah sahabat lama aku ketika waktu sekolah dahulu. Dan kitaorg classmate time itu dan kawan baik.

Jarak perkenalan kitaorg agak lama juga dari zaman sekolah rendah lagi hingga ke sekolah menengah. Dan persahabatan kitaorg terputus selepas dia berpindah ke negeri lain lepas habis tingkatan 3. Dan time itu aku memang tak pakai phone. Maklomlah budak budak zaman dulu tak semua yg pakai phone. Bukan macam zaman sekarang - iphone. Time tu memang lost contact dengan dia. Dan aku nie pulak bukan jenis yg cepat lupa org. Terutamanya kawan kawan sekolah - zaman kejahatan budak sekolah (biasalah budak sekolah). Sampai sekarang aku still ingat peristiwa peristiwa yg pernah jadi dulu. Antaranya masa tingkatan satu. Time tu memang kelakar, sebab class kiteorg banjir - air tangki betol betol atas class kitaorg bocor. Apalagi banjirlah jadinya. Haha 😂😂

Memang takkan dapat aku lupakan moment tu. Kelakar gile. Selalunya banjir dari bawah ke atas dan kiteorg terbalik. Banjir dari atas ke bawah. Dahlah class banjir and then kena pindah class lain. Bila dah pindah class lain nie lagilah perangai memasing makin menjadi jadi. Class yg kitaorg stay tu dekat dengan tapak kebun. Memang sebelah sebelah aje. Dahlah ada reban itik. Haa kau berrebanlah kau dekat situ dengan itik itik tu.. Kuekk kuekk kuekk 🐥🐥🐥. Dia punya bau tersangatlah wangi. Hahaha 😂😂. Bila cikgu tak masuk class bebudak nie apalagi berkebunlah diorg dekat situ. Hadoiilahai 😫😂😂

Kenangan waktu tu memang aku tak dapat lupakan. Cukup indah. Jujur aku katakan aku rindukan kenangan tu. Kalaulah aku mampu untuk ulangi. Pasti tidak akan aku lepaskan dan akan aku hargai sebaik mungkin. Namun semua tu dah pun berlalu tinggalkan kenangan😭. Form 1, adalah permulaan dalam hidup aku yg singkat nie. Banyak yg aku tak mampu simpan sebaik mungkin. Bermula perkenalan dengan budak dari sekolah lain. Maklomlah at area situ ada empat buah sekolah rendah dan satu sekolah menengah. Bila dah masuk sekolah menengah nie, ramailah dapat kawan baru termasuk aku. Dan aku macam biasalah, still lagi berkawan dengan kawan aku time sekolah rendah. Just tambah kawan baru time sekolah menengah. Hehe😘😘

Terasa seronok sangat time tu. Kawan yg pernah gaduh dengan aku time sekolah rendah dulu dah jadi kawan baik aku time sekolah menengah dan sampai sekarang kitaorg berkawan. Syukur alhamdulillah. Walau kami berjauhan. Kitaorg still in touch. Itu yg penting💖💖.

Berbalik dengan kawan aku yg aku ambil dia dekat terminal bus Larkin. Yea dia sekarang sangat jauh berbeza. Makin tinggi orangnya. Aku pulak terasa pendek. Sedangkan time sekolah dulu sama aje tingginya. Maybe aku kurang calsium agaknya 😂😰. Dia datang kesini sebab aku yg minta dia datang kesini. Rasa happy sangat sebab kitaorg dpt jumpa semula lepas berapa tahun tak jumpa.  Thanks friend because be my friend. Im not such a good friend for you. And I very thankful coz Allah give me a friend like you. And I'm so sorry didn't do the best for you as a friend. Ya Allah. Engkau lindungilah dia dari segala kesulitan. Dan bukakanlah pintu rahmatMu dan pintu rezekiMu seluas lautan buat sahabat yg aku kasih. Sesungguhnya Engkaulah yg ketahui setiap rahsia dunia dan akhirat. Hanya padaMu aku memohan.

                                              *to be continued

**dunia yg sementara. Hanya persinggahan tuk perlayaran diakhirat yg pasti. Bekalkan perlayaran mu dengan keberkatanNya. Moga dipermudahkan

Thursday, March 20, 2014

Aku Tetap Aku

Bahagia je bila aku tengok orang lain bahagia. tapi aku nie bahagia ke tidak? itulah masalahnya. tapi tak apalah, yang penting aku bahagia tengok orang lain bahagia walaupun aku sendiri masih lagi belum mencapai kebahagiaan aku sendiri.

Dan satu lagi aku benci tengok orang yang suka menunjuk-nunjuk nie. aku tahu diorang dah ada, tapi aku tak ada. but no need show to all people, and you know what you are annoying me. you always tell me what i don't need to know. ingat bagus sangat? tanya aku macamlah aku nie pakar sangat. dan aku taklah famous sangat. u're hipokrit actualy. even i know, aku nie taklah bagus sangat. tapi aku tak adalah nak show sana sini macam nak attract attention orang lain. #GEDIKS .simpan jelah apa yang kau ada itu, kau ingat orang lain suka ke dengan apa yang kau tunjuk tu? mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang #MENYAMPAH. so my advice is, you just keep for urself. aku bukan tak suka orang yang menunjuk-nunjuk nie, kadang-kadang buat aku meluat. kalau ya nak tunjuk sekalipun tak payahlah nak announced kat semua orang kot.

p/s : eh terasa ker?.? sorry lah. aku pun bukannya bagus sangat. just nak luahkan perasaan je. chillss yooo =]

Thursday, March 06, 2014

Aku memang teringin nak jadi song writter

Salam sejahtera kepada semua pembaca ( kot ada yg bacalah kan), kalau xada buat buatlah ada yg baca. seperti yg tertera tajuk diatas "teringin nak jadi song writter".

Agak agaklahkan siapa yg sudi baca ayat merapu aku tu. agaknya baca sekali dah bosan, and xnak baca lagi. sedih erm T.T~. banyak jugak yg aku dah create, yg kat dalam nie baru sikit aku merapu. belom lagi yg kat dalam laptop dengan kat dalam buku aku nie. harap harap tercapai lah impian aku tu. promote kat twitter gan facebook?.? ada ke yg nak baca?.? mcm syok sendiri je. nanti diorg ingat aku nie bt publisiti sendiri pulak. tapi tak mengapalah, aku tulis apa yang aku rasa. terpulang pada sesiapa yg baca entry aku nie untuk tafsir mcm mana. xpelah yg penting usaha. kalau xada jugak buat koleksi peribadi aku je lah.

p/s : kalau ada rezeki. tak pun buat simpanan sendiri. kot ada siapa baca post nie. harap korg hayatilah sendiri apa yng aku rasa dan apa yg aku lihat.

Tuesday, March 04, 2014

Tiada Lagi Cinta

"Tiada Lagi Cinta"

Masih ku ingat lagi,
Saat kau lafaz cintamu,
Akan kau jaga diri ini,
Sepenuh hati,
Hingga aku hanyut dibuai cintamu.

Dikala cintaku,
Mekar berkembang menghiasi,
Kau pula mula berubah,
Hilang semuanya begitu mudah.

Telah kau mungkiri janji,
Yang pernah kau lafazkan dulu,
Untuk menjagaku sejujur hatimu,
Hingga akhir hayat.

Kau tinggalkan aku,
Pergi bersama si dia yang kau cinta,
Termangu aku dalam persoalan,
Yang tiada jawapan pasti.

Begitu mudah kau berubah,
Tidak pernah ku sangka,
Dalam sekelip mata hatimu beralih arah,
Mencintai yang lain.

Dimana pula letaknya hatiku ini?
Setelah kau persiakan cintaku.


 p/s : mencari penganti?.? masih ada untuk aku?.? aku nie pernah bercinta ker?.?

Syair Cinta Abadi

"Syair Cinta Abadi"

Di kedinginan malam,
Ku tulis puisi cinta untukmu kasih,
Dengarkanlah syair ku lagukan,
Moga kaukan mengerti hati ini.

Jangan kau hancurkan istana cinta ini,
Biarkan ia megah berdiri,
Jadi mercu tanda kasihku padamu,
Seindah bening embun pagi.

Abadikan irama puisi ini,
Diruang hatimu selamanya,
Walau dimana jua kau berada,
Dengarkanlah disaat kau merinduiku.

Maafkan aku,
Andaiku tiada disisi,
Disaat kau perlukan ku,
Terbatas antara ruang dan waktu.

Usah kau tangisi,
Akukan ada memujukmu kasih,
Jangan biarkan airmata mu membasahi pipi,
Kerna akukan terseksa.

Ku ingin kau bahagia disampingku,
Izinkan ku sapu airmatamu duhai kekasih.

Dengarkanlah syair cinta abadi,

Tercipta bersama simfoni cinta kita.

p/s : abadi?.? mungkin?.?