Thursday, March 16, 2017

Yang Terindah

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai sahabat yg dirahmati. Moga hari hari yg ditempuhi dipermudahkan. Insha Allah

Sat, 25 feb.

Hari yg aku tunggu telahpun tiba. Seperti biasa, setiap hari sabtu aku kerja sampai pukul 3 pm aje  Cuma pada hari itu aku kena sampai awal ke rumah sebab dah janji dengan kawan aku nak ambil dia di terminal bus Larkin JB. Jauh jugaklah perjalanan dia nak ke sini. Kesian dia 😢. Yea dia adalah sahabat lama aku ketika waktu sekolah dahulu. Dan kitaorg classmate time itu dan kawan baik.

Jarak perkenalan kitaorg agak lama juga dari zaman sekolah rendah lagi hingga ke sekolah menengah. Dan persahabatan kitaorg terputus selepas dia berpindah ke negeri lain lepas habis tingkatan 3. Dan time itu aku memang tak pakai phone. Maklomlah budak budak zaman dulu tak semua yg pakai phone. Bukan macam zaman sekarang - iphone. Time tu memang lost contact dengan dia. Dan aku nie pulak bukan jenis yg cepat lupa org. Terutamanya kawan kawan sekolah - zaman kejahatan budak sekolah (biasalah budak sekolah). Sampai sekarang aku still ingat peristiwa peristiwa yg pernah jadi dulu. Antaranya masa tingkatan satu. Time tu memang kelakar, sebab class kiteorg banjir - air tangki betol betol atas class kitaorg bocor. Apalagi banjirlah jadinya. Haha 😂😂

Memang takkan dapat aku lupakan moment tu. Kelakar gile. Selalunya banjir dari bawah ke atas dan kiteorg terbalik. Banjir dari atas ke bawah. Dahlah class banjir and then kena pindah class lain. Bila dah pindah class lain nie lagilah perangai memasing makin menjadi jadi. Class yg kitaorg stay tu dekat dengan tapak kebun. Memang sebelah sebelah aje. Dahlah ada reban itik. Haa kau berrebanlah kau dekat situ dengan itik itik tu.. Kuekk kuekk kuekk 🐥🐥🐥. Dia punya bau tersangatlah wangi. Hahaha 😂😂. Bila cikgu tak masuk class bebudak nie apalagi berkebunlah diorg dekat situ. Hadoiilahai 😫😂😂

Kenangan waktu tu memang aku tak dapat lupakan. Cukup indah. Jujur aku katakan aku rindukan kenangan tu. Kalaulah aku mampu untuk ulangi. Pasti tidak akan aku lepaskan dan akan aku hargai sebaik mungkin. Namun semua tu dah pun berlalu tinggalkan kenangan😭. Form 1, adalah permulaan dalam hidup aku yg singkat nie. Banyak yg aku tak mampu simpan sebaik mungkin. Bermula perkenalan dengan budak dari sekolah lain. Maklomlah at area situ ada empat buah sekolah rendah dan satu sekolah menengah. Bila dah masuk sekolah menengah nie, ramailah dapat kawan baru termasuk aku. Dan aku macam biasalah, still lagi berkawan dengan kawan aku time sekolah rendah. Just tambah kawan baru time sekolah menengah. Hehe😘😘

Terasa seronok sangat time tu. Kawan yg pernah gaduh dengan aku time sekolah rendah dulu dah jadi kawan baik aku time sekolah menengah dan sampai sekarang kitaorg berkawan. Syukur alhamdulillah. Walau kami berjauhan. Kitaorg still in touch. Itu yg penting💖💖.

Berbalik dengan kawan aku yg aku ambil dia dekat terminal bus Larkin. Yea dia sekarang sangat jauh berbeza. Makin tinggi orangnya. Aku pulak terasa pendek. Sedangkan time sekolah dulu sama aje tingginya. Maybe aku kurang calsium agaknya 😂😰. Dia datang kesini sebab aku yg minta dia datang kesini. Rasa happy sangat sebab kitaorg dpt jumpa semula lepas berapa tahun tak jumpa.  Thanks friend because be my friend. Im not such a good friend for you. And I very thankful coz Allah give me a friend like you. And I'm so sorry didn't do the best for you as a friend. Ya Allah. Engkau lindungilah dia dari segala kesulitan. Dan bukakanlah pintu rahmatMu dan pintu rezekiMu seluas lautan buat sahabat yg aku kasih. Sesungguhnya Engkaulah yg ketahui setiap rahsia dunia dan akhirat. Hanya padaMu aku memohan.

                                              *to be continued

**dunia yg sementara. Hanya persinggahan tuk perlayaran diakhirat yg pasti. Bekalkan perlayaran mu dengan keberkatanNya. Moga dipermudahkan

No comments: